Susah sebenarnya untuk kita kenal pasti apa yang benar atau palsu apabila berada dalam talian…

Susah sebenarnya untuk kita kenal pasti apa yang benar atau palsu apabila berada dalam talian…

Godaan gaji lumayan dan kehidupan menarik di luar negara memang menarik, tapi kita tak boleh mudah percaya dengan segala yang kita lihat dalam internet.

Kita semua perlu ada sikap waspada terhadap dunia dalam talian.

Anda mungkin pernah dengar berita tentang penjenayah menggunakan penipuan kerja untuk membawa mangsa ke luar negara, atau memperdaya mereka dengan janji cinta melalui penipuan cinta. Penjenayah mengambil kesempatan atas keperluan dan keinginan kita untuk bercinta dan menjalani kehidupan yang lebih baik.

Jadi, sebelum anda memohon pekerjaan di luar negara atau merancang untuk bertemu rakan atau pasangan yang hanya dikenali secara dalam talian, perhatikan red flags dan gunakan senarai semak kami untuk berpindah ke luar negara dengan selamat!

News article about online scams
News article about job scams
News article about romance scams

Perhati iklan ini dengan teliti.
Berapa red flags pemerdagangan orang boleh anda kesan?

Card Machine Payment Screen
Card Machine Payment Screen

Error 404! Syarikat tidak wujud!

Syarikat yang sah akan mempunyai nama perniagaan dan nombor pendaftararan yang boleh anda semak melalui talian dalam pangkalan data pendaftaran syarikat di negara mereka. Jika syarikat tersebut tidak berdaftar di negara itu, mereka tiada kelayakan untuk menggajikan anda secara sah! Sekiranya anda tidak dapat mengesahkan maklumat tersebut secara dalam talian, fikir semula – adakah mereka benar-benar wujud?

Kontrak? Kontrak apa?

Jika majikan meminta anda menandatangani kontrak dalam bahasa yang anda tak faham atau enggan memberi anda kontrak yang ditandatangani, itu red flag besar! Satu tip penting adalah untuk baca setiap butiran kecil dalam kontrak dan pastikan ia dalam bahasa yang anda fahami.

Menang besar tanpa usaha

Dapat tawaran kerja serta merta? Mereka sanggup menawar gajilumayan walaupun dengan kelayakan dan pengalaman kerja yang minimum? Lepas tu siap bayar segala perbelanjaan seperti tiket penerbangan, penginapan hotel, dan bagi elaun pindah? Macam sus je…

Berhijrah ke luar negara untuk bekerja… dengan visa pelancong! 😱

Bekerja di luar negara dengan visa pelancong dianggap melanggar peraturan visa. Selepas menerima tawaran bekerja di luar negara, anda perlu memohon visa kerja yang sepatutnya diuruskan oleh pihak majikan.

No paperwork, no problem?

Pindah ke luar negara biasanya memerlukan banyak dokumen, bayaran permohonan, dan berurusan di pejabat kerajaan. Kalau syarikat atau agensi mendakwa mereka akan “uruskan semuanya” untuk anda, anggap itu sebagai tanda amaran.

Perhatikan red flags penipuan cinta ini!

Lovebombing kawkaw 💣

Jika seorang yang anda kenal secara dalam talian tiba-tiba mengaku cinta pada anda, tanya diri sendiri, adakah mereka benar-benar ikhlas? Ini bukan cerita Disney. Perasaan anda mungkin tulus - tapi love-bombing adalah taktik yang digunakan scammer dan penjenayah untuk memanipulasi mangsa supaya mengikut kehendak mereka.

Ini Kementerian Pelancongan yang cakap ke? ✈️

Mereka suruh anda untuk meninggalkan segalanya dan ikut mereka ke negara mereka. Tanpa proses imigresen yang betul; hanya visa pelancong. “Nanti kita akan uruskan selebihnya,” kata mereka. Beginilah cara penjenayah memerangkap mangsa dan meninggalkan mereka dalam keadaan tidak berdaya tanpa status sah..

Senarai Semak Migrasi Selamat

Sebelum anda pergi, buat ini!

  • Buat lagi satu senarai semak berdasarkan dokumen penting dan proses yang ternyata dalam laman web yang anda dapati
  • Kontrak
  • Pasport dan Visa
  • Permit kerja
  • Kad pengenalan
  • Dokumen perjalanan lain (contoh: tiket penerbangan)
  • Nombor kecemasan polis di negara destinasi anda (Wajib hafal!)
  • Maklumat hubungan kedutaan negara anda
  • NGO anti-pemerdagangan dan kesatuan pekerja di negara destinasi
  • Keluarga dan rakan-rakan (Hafal satu!)

Bila dah sampai…

Satu lagi senarai semakan bagi perkara yang anda TAK BOLEH BUAT! Jika anda tanda pada mana-mana perkara yang terdapat dalam senarai ini, tolonglah fikir balik atas keputusan anda!

Layari laman kami untuk maklumat lanjut mengenai
cara melindungi diri anda dan
orang lain daripada pemerdagangan orang!

Layari laman kami untuk maklumat lanjut mengenai cara melindungi diri anda dan orang lain daripada pemerdagangan orang!

Ooops, anda klik pada iklan kerja palsu!
Beberapa iklan kerja macam ini telah digunakan untuk menipu mangsa untuk diperdagangkan.